“Agak-agak, kalau aku sebuah pokok, apakah usia aku kini?”“Sayangnya kau bukan pokok. Ka
“Agak-agak, kalau aku sebuah pokok, apakah usia aku kini?”“Sayangnya kau bukan pokok. Kau manusia. Tidak sama pokok dan manusia “, jawab Dipsy dengan selamba.Dipsy, sahabatnya Lala. Teman berbual dan teman sepak terajang. Indah dan susah, mereka bersama.Pernah Lala ajukan pada Dipsy satu masa dulu.“Lebih baik dunia ini hanya ada tiga musim. Biar Musim Sejuk disisihkan. Sebagaimana Sang Kucing disisih dari Zodiak Cina.” Dipsy menggeleng kepala tanda tidak setuju.“Mengapa?” Tanya Lala mahukan penjelasan.“Andai engkau cuma ada hangat dan panas sepanjang waktu, apa mungkin kau boleh belajar mencintai kesegaran musim bunga? Tidak bukan? Akan tiba suatu hari, kau membenci pula sinar matahari dan mencari serta merindui kedinginan dari Musim Sejuk. ““Sakit, susah, benci, dan sedih yang hadir itu bersebab. Agar engkau belajar mencintai dan menghargai sekecil-kecil sesuatu perkara. Nah, lihat sahaja kita berdua. Sudah berapa banyak kali kita bergaduh? “sambung Dipsy.“Err… Berjuta zillion?”“Alhamdulillah. Masih lagi elok hubungan kita bukan. Bahkan kita semakin erat, kerana kita semakin memahami. Tak kenal maka tak cinta. Hahaha “. Dipsy menamatkan hujahnya dengan dekah ketawa.Lala menggelamun sejenak. “Begitulah juga kira untuk dunia. Betapa ramai manusia mengharap agar biarlah hilang segala kesedihan dan duka di dunia. Biarlah yang membalut dunia ini hanya kegembiraan. Namun bagaimana ingin rasa gembira jika rasa sengsara atau duka pun tidak pernah? Kita kenal apakah perilaku yang baik, kerana kita pernah berdepan dengan perilaku yang buruk.”“Kita kenal apakah itu perasaan lapar, kerana kita pernah merasai kenyang.” Cantas Dipsy.“Dan adakalanya kita membenci, dan dengan ketiadaan rasa benci itu barulah kita tahu inilah perasaan suka. Bergitu?” Sambung Lala. Sambil senyum sumbing memandang Dipsy.“Yes, you get it!” Sahut Dipsy bersambut deraian tawa Lala.Seumpama hadir musim bunga memberikan harapan kepada pokok-pokok selepas lama berteduh dalam kelesuan musim sejuk. -- source link